Cara Pasang Bateri Kereta

MyBateri.com

MyBateri.com

All Posts
Facebook
Twitter
Telegram
WhatsApp

pasang bateri kereta

Pernah tak anda terfikir berapa agaknya jangka hayat bateri kereta? Selalunya bateri kereta boleh bertahan antara 2 hingga ke 5 tahun. Hal ini bergantung pada beberapa faktor seperti cuaca, jenis bateri kereta, kekerapan penggunaan kereta, serta cara penjagaan kereta dan bateri tersebut. Sebab itulah, semua pemandu dan pemilik kereta harus mengetahui tanda-tanda bateri kereta sudah lemah, seperti:

  • Lampu kereta telah malap atau terkedip-kedip
  • Isyarat radio hilang atau frekuensinya perlu ditetap semula
  • Jam perlu ditetap semula dengan begitu kerap
  • Sistem penggera jadi tidak menentu

Namun begitu, anda sewajarnya bertukar kepada bateri baharu ia sudah tamat jangka hayatnya. Anda juga tidak perlu memanggil seorang mekanik untuk membantu sebab anda boleh pasang bateri kereta yang baharu sambil dikelilingi keselesaan premis kediaman anda sahaja! Betul, kami tak tipu.
Kalau tak percaya, jom kami terangkan cara pasang battery kereta.

Cara-cara Pasang Battery Kereta Di Rumah

#1 Jenis Bateri Kereta

Pertama sekali, anda mestilah mengetahui jenis bateri kereta yang digunakan. Terdapat 3 jenis bateri kereta yang anda perlu ketahui, iaitu bateri sel kering atau sel basah, bateri gel, serta bateri Absorbed Glass Mat (AGM). Kalau anda tidak pasti apakah jenis bateri yang sesuai bagi kereta anda, jangan risau! Segala informasi berkaitan yang anda perlu tahu sudah tertulis pada bateri tersebut.

Selain itu, anda juga disarankan untuk memilih saiz dan kapasiti bateri yang bersesuaian untuk mengelakkan kekurangan daya elektrik terhadap kereta anda nanti.

#2 Sediakan Peralatan Penting

Kalau anda mempunyai kudrat diri yang tinggi, anda boleh cuba untuk membuka bateri tanpa menggunakan apa-apa peralatan tapi ia akan mengambil masa yang agak lama. Jadi untuk memudahkan tugas, kami sarankan anda menggunakan spanar mudah laras dan juga sarung tangan untuk memudahkan aktiviti seperti membuka skru, selain mengurangkan risiko terkena aliran elektrik.

#3 Buka Bonet Kereta Yang Ada Di Hadapan

Sekarang anda sudah ketahui jenis bateri kereta. Semua peralatan yang akan digunakan pun telah disediakan. Jadi, anda boleh mula pasang bateri kereta. Mulakan dengan membuka bonet kereta dari tempat duduk pemandu. Namun, anda perlu ingat! Selepas bateri baru dipasang, penggera kereta akan berbunyi. Jadi, pastikan anda bersiap sedia dengan alat kawalan penggera kereta di sisi.

#4 Cabut Bateri Lama

Walaupun ramai yang berkata adalah selamat untuk menukar bateri kereta ketika enjin masih hidup, kami menasihatkan supaya anda matikannya untuk menghindarkan diri daripada sebarang musibah.
Seperti bateri biasa yang anda gunakan untuk alat kawalan jauh TV, terdapat dua wayar pada bateri kereta iaitu positif (tanda +) dan negatif (tanda -). Sebelum anda mencabut bateri tersebut, anda perlu mengingati kedudukan wayar-wayar tersebut untuk memudahkan proses pemasangan semula.

Anda sudah ingat posisinya? Baik. Sekarang, anda boleh mencabut wayar bateri kereta satu demi satu – sama ada cabut wayar positif dulu atau negatif, tiada masalah. Apa yang penting, jangan cabut kedua-dua wayar dengan serentak.

#5 Cara Pasang Battery Kereta Baharu

Sebelum anda memasang bateri baharu, anda perlu memastikan ia sudah ditandakan dengan tarikh anda membelinya. Perkara sebegini akan menyenangkan rujukan anda apabila tiba masa untuk mengecas, servis, dan menukarnya. Dalam erti kata lain, lebih senang anda nak memantau jangka masa bateri itu digunakan.

Kemudian, anda perlulah mengenal pasti wayar positif dan wayar negatif dengan merujuk simbol yang tertera. Selepas itu, pasangkan bateri tersebut pada tempat yang betul. Selepas memasang segala wayar yang berkenaan, pastikan anda ketatkan skru pengikat wayar itu dengan ketat.
Sebelum kami terlupa, pastikan anda menyimpan kad waranti bateri. Hal ini adalah sangat mustahak kalau bateri anda mengalami masalah teknikal sewaktu masih dalam tempoh jaminan.
Mudah, kan?

Kami harap perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada anda. Jika anda memerlukan servis penghantaran bateri di kawasan Lembah Klang atau Negeri Sembilan, MyBateri menyediakan perkhidmatan penghantaran bateri kereta 24 jam. Tak payah nak malu-malu! Kami sedia membantu – anda hanya perlu menghubungi kami di 019 559 1446, dan kami akan segera membantu.

0/5 (0 Reviews)
Artikel Terkini