Cara Nak Check Bateri Kereta

MyBateri.com

MyBateri.com

All Posts
Facebook
Twitter
Telegram
WhatsApp

cara nak check bateri kereta

Anda pergi bercuti selama seminggu dan membiarkan kereta anda di garaj tidak digunakan? Kereta anda mungkin enggan dihidupkan atau lebih mengerikan, bateri kereta anda tiba-tiba mati semasa memandu di atas jalan raya. Jadi sebelum anda berfikir untuk bercuti atau membiarkan kereta anda tidak digunakan dalam waktu yang lama,adalah penting untuk memantau bateri kereta anda. Memeriksa bateri kereta secara proaktif dua kali setahun akan membantu anda mengurangkan kerosakan pada bateri. Anda boleh pergi ke servis berhampiran dan membiarkan mekanik berpengalaman memeriksa bateri anda atau pun anda sendiri boleh check bateri kereta anda.

Apa itu Bateri Kereta?

Bateri kereta ialah bateri boleh dicas semula yang digunakan untuk menghidupkan kenderaan bermotor. Tujuan utamanya adalah untuk membekalkan arus elektrik kepada motor permulaan berkuasa elektrik, yang seterusnya memulakan enjin pembakaran dalaman berkuasa kimia yang sebenarnya menggerakkan kenderaan. Bateri kereta selalunya akan bertahan 3 hingga 5 tahun, tetapi tabiat memandu boleh menjadi faktor memendekkan jangka hayat bateri kereta anda.

Kenapa Bateri Kereta Penting?

Bateri kereta menyimpan tenaga kimia yang ditukarkan kepada tenaga elektrik anda memutarkan kunci untuk menghidupkan enjin. Tenaga elektrik yang ditukar akan diedarkan ke semua bahagian dalam kereta. Selepas anda menghidupkan kenderaan anda, bateri akan dicas semula oleh alternator untuk memastikan semuanya berfungsi semasa anda memandu. Bateri kereta akan menyimpan tenaga kimia sekali lagi bagi memastikan kereta mempunyai cukup tenaga untuk menghidupkan enjin kereta lagi selepas itu.

Bagaimana Cara Nak Check Bateri Kereta?

Terdapat pelbagai cara check bateri kereta. Voltmeter, multimeter dan probe kuasa adalah antara alat yang boleh digunakan untuk memeriksa bateri kereta. Paling penting, ianya amat mudah dikendalikan.

#1 Voltmeter dan multimeter

Multimeter digunakan untuk mengukur pelbagai sifat elektrik dan boleh berfungsi sebagai voltmeter.
Pertama sekali, anda perlulah mematikan enjin kereta serta lampu depan, radio dan apa sahaja yang boleh menarik kuasa untuk mengelakkan sebarang kemalangan yang tidak diingini.

Tanggalkan penutup dari bateri kereta dan sambungkan klip positif voltmeter ke terminal merah dan klip negatif ke terminal hitam. Jika bacaan melebihi 12.6V bermakna bateri anda berada dalam keadaan baik.

#2 Probe kuasa

Cara nak check bateri kereta menggunakan probe kuasa sama sahaja dengan voltmeter.

Pastikan anda mematikan semua punca penarikan kuasa. Sambungkan klip positif ke terminal merah dan klip negatif ke terminal negatif dan anda boleh mendapatkan bacaan. Jika bacaan bateri anda bukan antara 12.2V dan 12.9V, pertimbangkan untuk menukar bateri anda.

Bacaan yang tepat

Untuk mendapatkan penilaian yang tepat tentang kesihatan bateri anda, hidupkan enjin kereta. Jika nilai tidak turun di bawah 10 volt dan antara 13.7 dan 14.7 volt, bateri anda baik.

Perhatian: Pastikan anda tidak memegang alatan anda sama ada voltmeter, multimeter atau probe kuasa untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini.

Cara Check Bateri Kereta Tanpa Menggunakan Alat

Jika anda tidak mempunyai sebarang alat untuk check bateri kereta anda lakukan ujian lampu depan.

Cara cepat dan mudah untuk memeriksa bateri kereta anda adalah dengan menghidupkan enjin anda dan kemudian lampu depan anda. Jika lampu depan kereta anda kelihatan malap tetapi cerah apabila anda menghidupkan enjin, ini bermakna alternator anda tidak mengecas bateri kereta anda dengan betul. Jika lampu depan kereta anda terang dan tidak berubah kecerahan semasa menghidupkan enjin anda, bateri andaberada dalam keadaan baik.

Petua Pro!

Jika anda mendapati voltan bateri kereta adalah tidak sihat, hubungi sahaja mereka yang berpengalaman untuk menyelesaikan masalah anda. MyBateri menawarkan bantuan bateri kereta dan perkhidmatan pengecas bateri kereta di Kuala Lumpur, Lembah Klang serta Nilai, Negeri Sembilan dan Ipoh, Perak. Dengan capaian bantuan 24 jam, MyBateri akan segera sampai ke destinasi anda untuk mengecas semula bateri kereta anda atau menggantikan alternator atau starter pada bila-bila masa, di mana sahaja anda memerlukannya!

0/5 (0 Reviews)
Artikel Terkini