Mesti pelikkan kenapa segmen atau babak ni lain sikit? Nampak muka saya tapi tak dengar suara dan audio saya tidak masuk. Biasalah, kadang-kadang kita buat production ni ada benda yang kita terlepas dan terleka.
Saya dan director terlupa. Soundcheck ada tetapi bila balik audio tiada. Tapi tidak mengapa, the show must on so kita buat dubbing je.
Dalam scene di Singapore ini, kita berada di Marina Bay. Masa ini saya cakap, ini adalah tempat paling epik, paling cantik sekali dalam banyak-banyak lokasi di Singapore.
Apatah lagi masa kita shooting ini pada waktu sunset, memang betul-betul indah. Apatah lagi jika sedang hangat bercinta.
Yang saya tunjuk ini bukannya kapal angkasa atau kapal Star Wars. Ini adalah Apple Store Singapore. Memang design dan architecturenya luar biasa.
Jika kita masuk dalam ada satu terowong di dalam, Sub Train bawah air boleh tembus shopping mall di belakang.
Saya sangat kagum. Bila bercerita tentang kekaguman dan luar biasa, dalam masa yang sama saya nak bercerita tentang MyBateri yang menawarkan perkhidmatan luar biasa seperti kunci.
Jika selalu kita bawa kereta semestinya ada kunci. Kereta auto atau canggih-canggih juga mempunyai kunci. Tetapi kita perlukan kunci spare jika berlakunya kecemasan.
Kunci yang kita nak duplicate sangat penting. Sebab itu, MyBateri menawarkan perkhidmatan duplicate kunci.
Sekali lagi saya nak ingatkan kalau anda fikir MyBateri sekadar servis bateri, tukar bateri atau betulkan kereta, anda silap kerana MyBateri juga menawarkan perkhidmatan duplicate kunci.
Jadi, saya nak sambung untuk membuat editing dan mengharap dubbing kali ini dapat memuaskan anda semua.