Ketika ingin membeli bateri baru untuk kereta, kebiasaannya anda akan memilih sama ada bateri basah atau pun bebas selenggara (free maintenance battery). Akan tetapi yang paling utama adakah harga bateri kereta tersebut.
Izinkan kami berkongsi sedikit informasi berkaitan dengan bateri kereta.
Perbezaan bateri basah (low maintenance) dan juga bebas selenggara (free maintenance).
Dua-dua jenis bateri ni sebenarnya memang jenis basah. Hanya yang membezakannya adalah low maintenance perlu kerap diperiksa paras air bateri manakala free maintenance tidak pelu periksa hingga ke akhir hayatnya.
Ada jenama bateri yang boleh dibuka untuk isian semula air bateri. Kebiasannya, bateri low maintenance memiliki harga lebih murah. Tetapi yang lebih utama perlu diambil kira di sini adalah spesifikasi bateri yang ingin kita guna.
Berikut tips langkah demi langkah sebelum kita membeli bateri baru:
1. Lihat spesifikasi bateri asal yang dibekalkan oleh kilang
Type (Jenis): Saiz bateri dan posisi terminal positif (L/R)
AH: Amps Hour (julat berapa jam bateri boleh tahan selama kereta tidak cas semula bateri)
RC: Reserve Capacity (jumlah minit bateri boleh bertahan dengan pelepasan 25 amp secara berterusan)
CCA: Cold Crank Amps (amp maksimum yang boleh dikeluarkan secara berterusan selama 30 saat pada 0°F sebelum voltan susut kepada tahap tidak boleh digunakan)
Harus diingat: Pastikan pemilihan bateri baru tidak kurang dari spesifikasi asal dan kena pada bajet harga bateri kereta anda.
2. Pilih spesifikasi bateri mengikut gaya pemanduan
Sekiranya kereta jarang bergerak atau jarak pemanduan yg pendek, Pilih bateri nilai AH/RC yang besar; kerana ia tidak cukup masa untuk bateri dicas penuh. Ini adalah demi memastikan belian berbaloi dengan kadar harga bateri kereta.
- Pilih amps yang besar sekiranya memiliki audio sistem yang canggih
- Pilih bateri yang mempunyai penebat haba yang tinggi untuk iklim yang panas seperti negara kita
3. Lihat usia bateri yang tersimpan dalam stor kedai bateri.
Pastikan stok bateri yang hendak dibeli tidak terlalu lama ditinggalkan di garaj dan stor kedai bateri kereta.
4. Simpan kad waranti kerana banyak kes bateri tidak sampai setahun akan rosak.
Kebiasaannya bateri ada waranti satu tahun. Akan tetapi ada sesetengahnya memberikan Waranti Dua Tahun. Manakala untuk teksi hanya 6 bulan sahaja. Mungkin kerana lagi jauh perjalanan, hayat bateri akan jadi lebih pendek.
Maklumat Bonus:
- Ramai yang beranggapan bateri hanya digunakan untuk hidupkan enjin sahaja, selebihnya alternator yang menjalankan tugas. Sebenarnya dengan mendapatkan harga bateri kereta yang berkualiti, ia dapat berfungsi sebagai kapasitor besar untuk menyimpan arus cas, dan dalam masa yang sama stabilkan arus, untuk bekalan ke komponen kereta.
- Anda tidak boleh biarkan kereta dihidupkan secara berterusan tanpa bateri, kerana arus dan cas yang dihasilkan oleh alternator tidak stabil.
- Tanpa bateri, arus yang tidak stabil itu boleh mengakibatkan komponen elektronik, terutamanya ECU boleh terjejas.