Salam bahagia, salam sejahtera dan Assalamualaikum saya ucapkan kepada semua penonton-penonton setia video dan blog ini.
Hari ini kita sudah sampai di satu acara yang paling besar di Singapura pada hujung tahun iaitu acara yang tertera.
Atau dalam Bahasa Melayu nya: konvensyen komik Singapura.
Yang hebatnya dalam konvensyen ini adalah ia merupakan konvensyen komik terbesar di Singapura.
Ramai orang-orang Singapura, Malaysia dan serata Asia berada di sini. Kerana ia adalah konvensyen komik terbesar di Singapura.
Kami sampai awal disini bersama krew-krew yang terlibat dan antara krew yang paling malas ada disini. Tidak berbuat apa-apa kerja hanya berlibur dan mencuri perhatian gadis-gadis di sini.
Tapi sebelum itu izinkan saya memberikan secubit iklan.
MyBateri adalah sebuah perkhidmatan servis kereta, bateri, tayar dan sebagainya. Tapi jangan lupa begitu MyBateri juga menyediakan perkhidmatan duplicate kunci atau dalam bahasa melayunya salinan kunci ataupun klon kunci.
Sekiranya anda ingin klon kunci anda, kami MyBateri akan membantu anda supaya apa-apa terjadi bolehlah klon kunci itu digunakan dengan sebaiknya.
Itu sahaja secubit iklan MyBateri.
Kami sudah tidak sabar-sabar lagi untuk masuk ke dalam Singapore Comic Con bersama dengan cosplay yang begitu ayu dan jelita.
Sekian saja daripada saya, semoga kita bertemu lagi di dalam ini untuk lebih banyak lagi liputan-liputan menarik bersama krew malas saya ini.
Jumpa lagi, Assalamualaikum.