7 Tips Penjagaan Bateri Kereta

MyBateri.com

MyBateri.com

All Posts
Facebook
Twitter
Telegram
WhatsApp

bateri kereta

1. Kedudukan Bateri Dalam Kereta 

Kebanyakkan bateri kenderaan mempunyai kotak plastik tahan lasak dengan dua sambungan terminal untuk kabel positif dan negatif. Bahagian terminal bateri biasanya diperbuat daripada plumbum ataupun tembaga.

Sesetengah bateri seperti bateri motorsikal yang bersaiz lebih kecil mempunyai terminal bateri yang berbeza, kadangkala ia dilengkapi dengan skru untuk memudahkan sambungan. Jika ingin menanggalkan bateri kereta untuk dibersihkan, pastikan kedudukan positif dan negatif agar tidak tersalah pasang kemudiannya.

2. Periksa Aras Air Bateri Setiap 2 Atau 3 Bulan Sekali

Langkah ini digunapakai untuk bateri sel-basah sahaja dan bukannya untuk bateri bebas-selenggara (Free Maintenance). Jika anda menggunakan bateri bebas-selenggara, pastikan ia diperiksa oleh pakar bateri.

Biasanya bateri jenis ini memerlukan penambahan cecair bateri. Bagi bateri sel-basah biasa pula, cecair bateri mesti ditambah dari semasa ke semasa. Kegagalan memeriksa aras air bateri akan mengakibatkan tempoh hayat bateri akan berkurangan dari sepatutnya. Aras air bateru sepatutnya mencecah bahagian bawah lubang isian setiap kali isian.

Buka penutup untuk memeriksa aras air bateri. Sesetangah bateri memang tidak mempunyai penutup (biasanya untuk bateri bebas-selenggara).

Tambah air bateri jika arasnya terlalu rendah. Gunakan corong dan tambah secukupnya. Jangan sampai melimpah kekuar.

3. Bersihkan Terminal Bateri

Tanggalkan kabel sambungan daripada terminal bateri dan jauhkannya daripada terminal bateri.

Bersihkan terminal dengan berus dawai dengan bancuhan air dan soda bikarbonat. Gosok perlahan-lahan sehingga bersih daripada kesan garam aisd.

Jangan menggunakan tukul sewaktu memasang kembali sambungan ke terminal bateri. Longgarkan skru sambungan untuk memudahkan pemasangan terminal.

4. Sapuan Gris Tahan Panas

Sapukan sedikit minyak gris tahan panas pada bahagian terminal bateri untuk mengelakkannya daripada kakisan dan karat.

5. Sentiasa Periksa Voltan Bateri

Jika anda menghantar kereta anda untuk servis ataupun diselenggara, pastikan voltan bateri diperiksa oleh mekanik.

Mereka biasanya mempunyai peralatan khusus untuk memeriksa voltan bateri. Bergantung pada saiz dan jenis bateri kereta, bateri bercas penuh biasanya mempunyai bacaan 12.5 ke 12.6 volt.

Pastikan bateri anda mempunyai cas penuh sebelum diuji. Kadangkala, alat penguji bateri akan memberikan bacaan “Bad Battery” jika bateri yang diuji tidak mempunyai cas penuh, walaupun bateri tersebut dalam keadaan baik.

6. Periksa Penebat Bateri Jika Ada

Periksa penebat bateri ataupun insulator jika ada. Sesetangah kereta mempunyai penebat ini untuk melindungi bateri daripada kepanasan melampau, sekaligus mengeringkan cecair bateri dengan cepat. Penebat ini mesti ada ditempatnya dan berada dalam keadaan baik.

7. Periksa Setiap 5,000 Kilometer

Cara terbaik untuk memelihara bateri kereta anda ialah dengan memastikan ianya diperiksa dan diuji setiap 5,000 kilometer ataupun 3 bulan sekali oleh mekanik yang berpengalaman.

Sebagai antara komponen yang paling penting di dalam kenderaan anda, bateri memang sewajarnya diberi perhatian yang serius. Harganya yang mahal juga bererti anda terpaksa mengeluarkan wang yang lebih jika ia rosak sebelum waktunya.

0/5 (0 Reviews)
Artikel Terkini