Bila sudah lama memandu, maka banyaklah tabiat pelik-pelik yang akan dilakukan oleh kita semua tanpa kita sedari yang mengakibatkan kereta rosak. Namun tidak semua tabiat yang kita buat itu elok. Apabila sudah biasa dengan tabiat-tabiat itu tadi, memang sukar dan susah untuk kita ubah apatah lagi betulkan.
Mari kita lihat apakah antara tabiat yang sering dilakukan oleh pemandu-pemandu kereta dan tidak wajar dijadikan ikutan. Diharapkan selepas ini, ia dapat menjadi panduan bagi mengelakkan bahaya kepada keselamatan anda selain ‘poket kering’ akibat kerosakan kereta.
1. Letak Kaki Pada Brake Kereta Ketika Memandu Menuruni Bukit
Mereka yang kerap melakukan tabiat ini adalah penunggang motorsikal dan bukannya pemandu kereta.
Kononnya mahu bersiap-sedia sekiranya ada apa-apa terjadi semasa menuruni bukit. Sebenarnya ia tidak boleh dijadikan tabiat kerana sistem brake anda akan ‘overheating’ dan menipiskan lagi brake pad dan disc.
2. Panaskan Enjin Kereta
Kereta model baru tidak perlu enjinnya ‘dipanaskan’ terlebih dahulu seperti yanng kerap kita dengar sebelum ini.
Dalam keadaan sejuk adalah dinasihatkan untuk memastikan enjin kereta dipanaskan untuk tempoh masa yang pendek iaitu dalam tempoh 1-2 minit sahaja. Tidak perlu lama-lama.
3. Mengabaikan Penggunaan Handbrake
Bila melalui kawasan cerun dan landai, semua bebanan akan diletakkan pada bahagian gear dalam gearbox. Oleh itu, apabila anda ingin meletakkan kenderaan anda di kawasan yang sebegini, pastikan brake ditukarkan ke ‘P’. Jika mahu mengalih kereta, lepaskan brake secara perlahan-lahan.
4. Mengabaikan Bunyi Pelik pada Kereta
Sekiranya terdapat bunyi yang pelik pada kenderaan anda, periksa dengan kadar segera. Ramai yang kerap mengabaikan perkara ini kerana ia boleh mengakibatkan punca mengapa kereta rosak boleh tiba-tiba di tengah jalan.
Terus periksa dan lihat sekiranya kereta anda mula mengeluarkan tanda meragam dengan bunyi pelik serta ganjil itu tadi. Elakkan bertangguh-tangguh untuk kepentingan anda di masa hadapan.
5. Jaga Jarak Antara Kenderaan
Semasa kelas memandu, perkara ini sudah disentuh untuk sesiapa yang masih ingat. Sangat penting untuk menjaga jarak di antara kereta kita dengan kenderaan di hadapan. Sebaliknya apa yang berlaku adalah selagi kereta belakang boleh rapat dengan kereta di hadapan, ia tetap akan rapat dan buat.
Kerana kita sebenarnya tidak tahu bilakah kereta kita akan secara tiba-tiba tidak berfungsi.
Ini juga bagi mengelakkan kemalangan sekiranya kenderaan di hadapan kita berhenti secara mengejut tanpa diduga.
6. Mengisi Mintak Apabila Tangksi Sudah Hampir Kosong
Jangan selalu biarkan tangki kereta anda benar-benar kosong kemudian baru hendak diisi semula. Ini adalah kerana apabila tangki minyak kosong, lebih mudah kekotoran melekat pada tangki. Ini juga boleh menjadi punca utama dan besar kerosakan kereta.
7. ‘Rehatkan’ Tangan Pada Brake
Ini juga menjadi tabiat dan kebiasaan untuk kita semua. Sekiranya anda mahu merehatkan tangan, letakkan tangan pada stereng kereta. Tahukah anda apabila kita meletakkan bebanan tangan pada gear, ia akan menambahkan bebanan pada gear box. Ini antara punca yang menyebabkan gear tidak boleh ditukar atau sangkut.